Wednesday, October 15, 2014

TAHUN 2015

Ada sinar baharu apabila 2015 datang bertandang.. Aku bakal menerima kehadiran ahli terbaru dalam keluargaku. Syukur padaMu Ya Allah kerana akhirnya Engkau memakbulkan permintaanku. Thank you Allah.....
KURSUS TMK TAHUN 5 DI SMK KUALA BESUT

Pada 15 Oktober 2014, saya menghadiri kursus TMK di Makmal Komputer SMK Kuala Besut. Kursus ini adalah penyediaan bagi guru yang akan mengajar tahun  5 bagi tahun 2015. Kursus selama 2 hari ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.....

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam ramadan kuhulurkan buat semua teman yang mengenali diri ini dan semua umat Islam di muka bumi Ilahi. Aku juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf di atas segala ketelanjuran semasa berkata-kata. Semoga kita bergembira di hari raya di samping keluarga dan sanak saudara yang tercinta. Maaf Zahir dan Batin.


Monday, February 27, 2012

Majlis Letak Kerja Dan Bacaan Yasin


Pada 23 Februari 2012(Khamis), SKAP menganjurkan satu majlis "Letak Kerja dan bacaan Yasin" bertempat di Musalla. Majlis ini adalah khas untuk murid-murid UPSR 2012. Mereka hadir bersama keluarga masing-masing sebelum waktu maghrib. Selepas solat maghrib, ibu bapa,guru-guru dan murid-murid membaca yasin beramai-ramai. Setelah selesai bacaan yasin, Guru Besar menyampaikan ucapan ringkas. Kemudian, para hadirin menunaikan solat isyak dan seterusnya solat sunat hajat memohon perkenan daripada yang maha mencipta agar UPSR tahun ini memperolehi keputusan yang cemerlang. Ibu bapa,murid-murid dan guru-guru kemudiannya dijamu dengan sedikit hidangan.

Thursday, February 23, 2012

CUEPACS mohon kenaikkan gaji

CUEPACS memohon kenaikkan gaji dari RM700 ke RM2500 mengikut skim SMM sebelum SBPA dilaksanakan bagi penjawat awam gred 1 sehingga 54. Sekiranya permintaan Cuepacs ini diterima oleh pihak kerajaan, sudah pasti semua penjawat awam akan menikmati gaji yang tinggi dan boleh menyara hidup dengan lebih baik memandangkan sekarang ini kos sara hidup yang begitu tinggi.
Presiden Cuepacs,Datuk Omar Osman berkata tuntutan yang dikemukakan ialah gred 1- 16 kenaikkan sebanyak RM700, gred 17 - 26 RM1000, gred 27 - 40 RM1500, gred 41 - 48 RM1800 dan gred 52 - 54 RM2500.Sebagai salah seorang daripada kakitangan awam,aku sememangnya menyokong penuh tuntutan Cuepacs itu.

Wednesday, February 22, 2012

Terima atau Bantah? Fikirlah......

Adakah kita patut menerima perbuatan orang memburukkan nama baik kita? Bagi saya ini sudah melampau dan tidak boleh diterima sekali kerana telah memburukkan nama baik kita kepada umum. Sepatutnya sebagai seorang ketua kita tahu untuk menguruskan segala permasalahan yang timbul. Jangan kerana pangkat kita hilang sikap profesional yang perlu ada dalam diri setiap penjawat awam atau swasta. Kita sepatutnya tahu bagaimana caranya hendak menyelesaikan masalah dan bukannya menuding jari kepada sesiapa saja dan menganggap apa yang kita buat semuanya betul belaka. Ingatlah, satu jari je kepada orang lain dan yang selebihnya menghala kepada kita. Perbuatan kita itu boleh menimbulkan rasa marah dan benci orang kepada kita. Marilah kita muhasabah diri dan berubah ke arah kebaikkan dan bukannya mencari pepecahan. Kerja berpasukkan itu lebih baik daripada kerja seorang diri. Bak kata pepatah"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" dan "Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat". Renung-renungkanlah bersama. Jangan sampai kita tidak dihormati dan dibenci sampai ke mati. Perkara yang kecil jangan kita perbesarkan. Dengan kata lain, perkara yang remeh jangan ditonjolkan dan perkara yang penting pula didiamkan.

Sunday, February 19, 2012

Pangkalan Data Murid 2012

Sememangnya guru-guru dibebani dengan pelbagai tugas pengkeranian sejak akhir-akhir ini. Kebanyakkan maklumat perlu diisi ke dalam program yang disediakan secara dalam talian atau "online". Kadang-kadang talian sesawang ini mengalami masalah dan ini boleh mengakibatkan guru-guru terpaksa menyiapkan pengisian maklumat ini sehingga larut malam di rumah. Ini secara tidak langsung mengganggu waktu rehat guru yang telah mana telah kepenatan bekerja di sekolah. Namun begitu,guru-guru terpaksa juga membawa tugasan yang belum selesai tersebut ke rumah. Kekadang ada guru-guru kelas ini bukan sahaja menjadi guru kelas tetapi memegang jawatan lain yang juga memerlukan komitmen yang tinggi. Sebagai contohnya ada di antara mereka ini yang memegang jawatan sebagai guru media, guru penyelaras ict dan sebagainya. Apalah nasib kami yang terpaksa juga melaksanakan semua tugasan tersebut. Satu persoalan yang ingin saya kemukakan ialah"Adakah patut guru-guru dibebankan dengan tugasan yang sebegini rupa?" Tanyalah diri sendiri.

Saturday, February 18, 2012

25 FEBRUARI 2012

Pada tarikh ini aku dan mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah melalui Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 akan memulakan kelas yang pertama. Pada hari tersebut kami semua akan bergelar pelajar. Aku harap, aku dapat mengharungi segala kesulitan yang akan aku lalui sepanjang tempoh pengajian nanti. Kami hanya akan berjumpa dengan para pensyarah hanya 5 kali sahaja setiap semester. Lain-lainnya kami terpaksa menggunakan kemudahan teknologi yang ada iaitu pembelajaran secara online. Program ini juga merupakan kohort yang terakhir untuk mengsiswazahkan guru-guru.

Friday, February 17, 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Aku mengetuai RUMAH MARA


Pada 14 Februari yang lalu,sekolahku telah mengadakan satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Perarakan bermula dari sekolah menuju ke Masjid Kg Tok Saboh dan kembali semula ke sekolah. Selepas itu, murid-murid dan guru-guru mengikuti acara di dewan pula iaitu mendengar ceramah yang disampaikan oleh guru-guru agama SK Alor Peroi. Perarakan melibatkan 4 buah Rumah Sukan iaitu MARA,KENTAL,BERANI dan HANDAL.

Monday, January 30, 2012

Program Pensiswazah Guru Ambilan Februari 2012

Alhamdulillah kerana akhirnya berjaya juga aku menyambung pengajian ke peringkat ijazah setelah hampir 9 tahun memohonnya. Mungkin rezeki aku untuk merasai pembelajaran yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Di sekolahku, semua guru yang memohon diterima melanjutkan pelajaran ke peringkat tersebut. Pada 11 Februari ini aku akan melapor diri di IPG Kampus Kota Bharu.
ADILEYNA.BLOGSPOT © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute